MASIH ramai yang tidak percaya bahawa Wook Kundur yang berusia 106 tahun dan Mohd Nor Musa, 37, tinggal sebumbung di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu sebagai suami dan isteri.
Barangkali ramai yang mengambil sedikit waktu untuk yakin akan hakikat bahawa perkahwinan unik pasangan itu sudah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.
Jika dilihat pada tanggapan biasa, 'ketidakpercayaan' orang ramai dalam hal ini ada asasnya. Ini kerana jurang perbezaan usia mereka begitu jauh iaitu 69 tahun.
Walau apa pun yang berlaku, pada awal tahun 2005 ketika berusia 34 tahun, Mohd Nor menginterpretasikan jiwa besar seorang lelaki dengan mengahwini Wook yang ketika itu berusia 103 tahun.
Atas alasan mencari keredaan Allah dengan mengabdikan diri kepada wanita itu, Mohd Nor membuang jauh ke tepi segala pandangan yang tidak selari dengan niat murninya mengahwini Wook.
Beliau meneguhkan keyakinan dalam diri dan tetap percaya bahawa beliau sudah pun membuat keputusan yang terbaik di dalam hidupnya.
Sesuatu perkara yang luar biasa tetap ditanggap 'biasa' oleh kebanyakan individu walaupun perkara itu dibolehkan oleh agama, malah ada hikmah tersendiri.
Justeru itu, Wook akan memastikan rumah tangganya kekal dan sentiasa percaya Allah mengasihi serta mendengar doa ikhlasnya.
Katanya, dalam konteks cinta kepada makhluk, cintanya kepada Mohd Nor bukanlah cinta biasa dan dia percaya Mohd Nor turut menyedari hakikat tersebut.
ape kurangnyer dengan cerita aku dikira cinta luar biasa jugak..hehehe [pecah rahsia].. sbb suami aku lebih muda dari aku.. perbezaanyer tak la ketara sangat setahun jerk... kami kenal masa same2 dok belajar satu Sek. Men. dulu.. [tak bleh nak citer lebih2 cukup le tue k]..dah jodoh kan...
*
tak kira la yang tua bertemu yang muda, yang muda bertemu yang tua .. janji bila dah disatukan haruslah kita jg ikatan perkahwinan tersebut dengan sebaik2 mungkin...dengan peredaran zaman yang penuh mencabar ini mcm2 dugaan yang akan datang menguji.. jadi hadapilah dengan tenang dan sabar..moga rumahtangga tidak goyah.. ku pohon moga rumahtangga aku dan juga kalian kekal ke akhir hayat.. dan kecapilah kegembiraan bersama insan yang tersayang..
3 comments:
selamat hari raya aidiladha... maaf zahir batin....
balik kpg, bebaik yea... selamat hari raye aidiladha gak..korban ape tahun nie??? jue korban duit huahuahuahua...
jodoh pertemuan di tgn Allah..... moga bahagia ke akhir hayat....
Post a Comment