Semalam dalam HARIAN METRO ada keluar kisah Gangguan Makhluk Halus di Putrajaya...
PUTRAJAYA: Segelintir penduduk di Pangsapuri Fasa R8, Presint 18, di sini, dalam ketakutan sejak beberapa bulan lalu kerana gangguan makhluk halus menyerupai lembaga hitam.
Pangsapuri tujuh blok yang juga kuarters untuk kakitangan kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan mula dihuni sejak Julai lalu.
Sejak penghuni mula berpindah di kediaman itu beberapa penduduk terutama di Blok C dan D diganggu lembaga terbabit terutama pada waktu malam.
Berikutan itu, lebih 10 keluarga nekad menyerahkan kunci dan meninggalkan kediaman masing-masing kerana tidak tahan dengan gangguan itu walaupun baru menetap di kuarters berkenaan.
Lebih menyeramkan, lembaga itu dikatakan menunjukkan diri kepada beberapa penghuni menyebabkan mereka sentiasa diganggu dan tidak tenang.
Seorang penduduk enggan dikenali, berkata lembaga itu akan mengganggu penghuni dengan bunyi-bunyian menyeramkan selain mengusik barangan di dalam rumah dan menunjukkan diri kepada penghuni rumah itu.
Dia yang sudah tiga bulan menghuni kuarters berkenaan tidak terkecuali menerima gangguan berkenaan tetapi tidak pernah terserempak lembaga yang menyeramkan itu.
“Cerita mengenai gangguan makhluk halus mempunyai pelbagai versi, tetapi seorang jiran pernah memberitahu ia menyerupai lembaga hitam yang sangat besar dan tinggi.
“Malah, seorang kanak-kanak yang pernah terserempak dengan ‘sesuatu’ dipercayai lembaga terbabit di lobi blok B menyebabkan anak kecil itu demam panas beberapa hari,” katanya, semalam.
Malah, katanya, beberapa rakan turut mengalami masalah tidur malam, selain tekanan sekali gus mengganggu prestasi kerja masing-masing,Berikutan itu, pengurusan Surau Al-Istiqamah di pangsapuri itu akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin, zikir dan doa di surau itu, bermula jam 7 hingga 9 malam, hari ini.
Pihak surau yang menerima aduan penduduk sejak bulan lalu menggunakan perkhidmatan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’, Bangi, Selangor mengadakan kaedah rawatan khas bagi mengelak keadaan bertambah teruk, sekali gus menghalang kejadian itu terus menghantui penghuni di pangsapuri itu.
*************************************************************
tak sangka rumah aku masuk papper... tak sangka gak kat blok aku tue tangah berperang dengan makhluk halus.. bukan nak belagak atau sombong dan bongkak.. klau tak masuk papper la citer nie kan aku sendiri pun tak tau ape masalah yang melanda kat block aku tue... sememangnyer aku duduk kat BLOK D tue.. klau bunyi2 tue memang la ada kan. almaklum la ramai kan penghuninyer jadi mcm2 bunyi la ada... selama nie aku buat slamber jerk la.. dok pikir umah jiran2 la tue.. tapi bila dah keluar citer mcm nie mule la rase seram.... dah la memalam aku dok umah sengsorang..suami aku gie keje... huhhhu :(.. klau boleh aku tak mo kene ganggu nie..aku bukanyer kuat sangat... takut punyer pasal al-fatihah pun boleh tersasul..tue belom ayat lain lg tue... harap2 rumah aku selamat dari gangguan tue... pas nih tiap2 malam kene baca al-quran..mudah2an allah lindungi aku... doa2kan la untuk jugak...
3 comments:
eh seramnye.. semalam malam kita pun tak leh tido.. tiba2 lak.. lelap je mcm bangun terkejut mcm org tarik suh bangun tibe2... last2 tido bukak tv... ;)
Baca la quran selalu..semoga dilindungi Allah s.w.t
pagi tadi husband saya balik dari keje dok bebel coz tido bukak lampu..hehehe...siang2 mcm nie rasa kelako jerk..malam kang takut seram2 sejuk...
Post a Comment