Wednesday, February 18, 2009

Kisah Sedih...

Bayi mati tersedak susu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamatanbia@hmetro.com.my


TRAGEDI...Juraimi dan isterinya, Nursanisah menuntut jenazah Daniel di Hospital Serdang, petang semalam.

SERDANG: Seorang ibu hanya mampu menitis air mata pilu apabila bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan mati akibat tersedak susu ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bayi berkenaan, Daniel Thaqif Juraimi dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu diberi minum susu oleh pengasuhnya yang tinggal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini.

Difahamkan ketika insiden, pengasuh berkenaan yang turut menjaga empat bayi lain cemas apabila mendapati bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan suaminya sebelum bergegas menghantar bayi berkenaan ke Hospital Serdang.

Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan cuba memberikan bantuan oksigen untuk menyelamatkannya namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

Ibu bayi berkenaan, Nursanisah Sargiman, 31, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan yang juga jirannya berhubung kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.Katanya, dia terkilan kerana pengasuh terbabit tidak tampil di hospital untuk menemuinya dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Sehingga kini, saya tidak pasti punca anak lelaki saya itu meninggal dunia dalam keadaan mendadak walaupun bedah siasat mendakwa anak saya itu mati akibat tersedak susu.

“Apa yang saya tahu, selain menjaga anak saya, pengasuh berkenaan turut menjaga empat bayi lain di rumahnya.

Walaupun sedih namun saya reda dengan ketentuan Illahi atas apa yang berlaku,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Bangi menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kes kematian anaknya itu.

Sementara itu bapa mangsa, Juraimi Ali, 33, melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan nasib menimpa anak keduanya itu yang mati dalam keadaan mendadak.

Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan dilihat menuntut mayat bayi berkenaan di bilik mayat Hospital Serdang pada jam 6 petang sebelum menaiki van untuk pulang ke kampung Juraimi di Kuala Lipis, Pahang bagi pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kematian bayi itu dianggap kematian mengejut, tetapi siasatan diteruskan.

************************************************************************************+
Hari nie dikejutkan lagi dengan berita BAYI MATI TERSEDAK SUSU... Tahziah pada keluarga berkenaan..
SIAPA yang patut kite salahkan????
aku yang bakal menjadi mama mula la rase cuak... kadang2 bleh terpikir biar je la BB dalam perut mama... jgn kuar lg mama takut la, dek kerna kelalaian org lain BB yang menjadi mangsa.. tapi bile difikir balik mungkin itu ajal dia.. kan allah yg menentukan segala2nyer..yea..yea..mulut bleh la kate cam tue tapi yg menghadapinyer ... sendiri PK la.... ish emo lak aku...
Aku emo bukan ape bile dah buat salah atau tak sengaja buat salah tak nak pulak tampil kedepan, tak nak citer yang sebenar2nyer..nyorok2 lak..nampak sangat buat salah... nanti org tuduh dia tak jg betoi2 mula la nak hangin.. ungkit2.. ntah la ape nak dikate kan lg.. yang menjadi mangsa putih mate kite juga... yang derang nampak kite jugak yg salah...
nie buat aku buntu nie..kat mane wei aku aku hantar BB aku nie...
oh yea.. mak aku dah kasi lampu hijo..dia nak jg tapi sampai 6bulan jerk , peh tue haruslah aku kene amek balik yea jaga sendiri... tapi mampu ke aku berjauhan dengan anak aku..huhuhu :( ... ada lg 3bulan tok PK yang terbaik... relax..relax..

5 comments:

Anonymous said...

nak ker bg mak jaga 3 bulan... pada pengalaman org tua2 la kn??? jangan la bg ...cz mak ni kalau dah sukakan cucu susah ... 3 bulan jadi 3 bulan... 6 bln jadi 1 tahun..lopas tu bertaun2 sampai besau..sampai dapat adik lain... percayalah ... contoh ader depan mata

Cik Titon a.k.a Gardizkecik said...

TAKPE...ciktiton ader...boleh jagakan anak mama tu...heheh janji masak ayam goreng specel yek...huhu

♥EeiNz♥ said...

salam kak..tetiba kin terigt kt arwah bb noah yg meninggal kt taska opis kte bwh ni..mmg sedey,kte yg bukan ibu kandung arwah tu pun da sedey cmni, apentah lagi ibu die kan...kin sll trn bwh cz sarah still on bfeeding.wajah ngan telatah arwah tu still terbyg2 kt pala otak kin kak ......sedey sgt2....mtk2 anak kte dijauhkan dgn sume mala petaka kan ..aminnnn......

strawbery said...

2Anonymous:- klau boleh memang tak mo susah2kan mak..Mak nie pilihan terakhir....

2Cik Titon :- kang dia susu yot-yot cam ner??? hehehehe :)

2Eeinz :-harap2 begitu la.. amin...

Cik Titon a.k.a Gardizkecik said...

eh ok aper...susu yot-yot bagi jer jiran depan umah...huahauahau