1 Selalu berinteraksi dengan anak-anak.
Anak akan rasa sentiasa dekat dengan anda jika anda selalu berkomunikasi dgnya.. Aggaplah anak sebagai kawan yang seronok untuk diajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu diminati bersama.
2 Tumupakan perhatian jika anak bercakap
walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkan oleh anak. Mungkin ada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengar setia kepada anak. Barulah selesa mereka berkomunikasi dengan anda.
3 Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunya jika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggaplah anda sebagai rakan bukan ibu bapanya.
4 Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari
Tidak kira walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana inilah masanya untuk anda saling bertukar cerita dengan anak.
5 Tunjukan rasa sayang anda padanya
Biasakan diri mencium dan memeluk anak setiap hari. Bukan hanya ketika hari ulang tahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu yang aanda menyayanginya.
6 Berani minta maaf
Jika anda tersilap, jgn. segan untuk minta maaf. Ketahuilah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralah sama ada anda ibu bapa atau anak. Kalau anda sudah melakukan kesilapan, mengaku sahaja dan minta maaf. Anak anda tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
INFO dari Pa&Ma...
No comments:
Post a Comment