Wednesday, March 16, 2011

TETIBE HATI TERSENTUH...apakah???!!!

Sukar lelap teringat anak ‘ghaib’

KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh melelapkan mata kerana teringatkan anak bongsu saya,” kata ibu tunggal, Jummilah Ramly.

Jummilah, 51, dari Banting, Selangor, berkata dia risaukan keadaan anak bongsunya, Athirah Baharom, 15, yang keluar dari rumah sejak 15 Februari lalu tanpa perselisihan faham.


Menurutnya, gadis berkenaan yang masih belajar di tingkatan tiga itu seorang yang pendiam, tetapi percaya dia keluar dari rumah pada hari kejadian akibat pengaruh rakannya yang suka gaya hidup mewah.

Katanya, tahun lalu, Athirah pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya, tetapi pulang sehari kemudian, bagaimanapun sehingga ke hari ini, dia tidak dapat dikesan.


“Saya berharap Athirah akan pulang segera, ibu dan adik-beradik lain merinduinya,” katanya, di sini.


Jummilah berkata, pada hari kejadian, Athirah bersama kakak sulungnya berada di rumah dan dia tidak menunjukkan reaksi pelik.

Bagaimanapun, katanya, selepas kakaknya keluar membeli barang dan pulang dua jam kemudian, dia tidak berada di rumah dan apabila menghubungi rakannya, masing-masing memberitahu tidak mengetahui mengenainya.


Jummilah berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Banting pada 22 Februari lalu dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Athirah diminta menghubunginya di talian 012-9275960 atau 012-3147334.

petikan dari :HARIAN METRO

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah banyak skang nih REMAJA PEREMPUAN kuar rumah

tanpa PERSELISIHAN FAHAM dengan FAMILY..

JADI APE PUNCEnye?...

KESIAN kat mak dia.. TAK DAPAT NAK TIDO LENA

asyik FIKIRKAN anak dia..

PULANGLAH SAYANG..

SETIAP PERJALANAN MU ITU MEMERLUKAN DOA DAN RESTU IBU...

*

tetibe rase cuak... dan2 teringat ANAK PEREMPUAN

yg skang sedang MELASAK, sdg BELAJAR SESUATU yg BARU,

yg sdg meningkat REMAJA..cehhh222 .. yg sdg MANYAK RAGAM...yg sdg .. sedang lah...

*

dan2 ada N3 untuk ESYA :-

MAMA akan cuba JADI KAWAN TERBAEK ESYA...klo mama terlebih sengal sila jgn ikut..hahaha

jadi ESYA boleh KONGSI apa saja dengan MAMA...tak kesah pasal ape2 pun, sbb mama pun perempuan jugak pe..penah MUDA REMAJA..don't worry...mama the right friend 4 u tau..

JIKA MAMA tak dapat memenuhi kehendak ESYA itu bukan KERNA MAMA tak SAYANG ESYA... kadang2 mama tak boleh la nak ikut semua kehendak esya..tumpo mama k..

JIKA MAMA marah itu TANDA MAMA SAYANG ESYA...[teguran untuk kebaikan]..jgn terkejut klo kadang2 mama jadi cam singa.. dah cakap bebaik tak mo dgr.. bila jadi tarzan baru nak dgr.. kan dah kuar anak tekak mak kamo nih..jgn amek hati k..kejap jerk mama marah tue...hihihi..past tue bleh jadi friend balik kan..kan..kan.. ape nak BEDAK SIMPLE SITI??..manyak chantekkk.. BERPADA2 la k...

SEMOGA ESYA JADI ANAK PEREMPUAN SOLEHAH ...amin..




2 comments:

Cik Puan Kocik said...

uh! sungguh tersentuh pada kata2 pesana buat ESYA!!

ESYA..bila dah pandai baca nanti bacalah blog mama ye! mama dah siap pesanan untuk esya....heheheh

strawbery said...

nak tulis nama blog lah kat baju2 ESYA..hahahaha..nanti2 dah pandai bertenet soh dia bukak BLOG MAMA...