KEMBAR DIDERA
KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak kembar berusia lima tahun didakwa didera pengasuhnya hingga mengalami pelbagai kecederaan termasuk bengkak mata kanan, belakang leher selain demam kuat akibat menanggung kesakitan.
Kanak-kanak itu dijaga pengasuhnya berusia lingkungan 30-an di rumah wanita berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah, Jalan Klang Lama, di sini, sejak awal Mei lalu ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.
Bagaimanapun, kejadian hanya disedari ibu mangsa yang berusia 40 tahun selepas dimaklumkan kanak-kanak terbabit sebelum wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, sebaik ibunya pulang dari kerja kira-kira jam 10.30 malam pada 9 Julai lalu, mangsa mengadu sakit badan dan kepala, namun enggan menceritakan kejadian sebenar.
“Selepas didesak, mangsa mendakwa dipukul dan ditampar di kepala oleh pengasuhnya itu sejak mula dihantar ke rumah wanita itu,” katanya.
Sumber berkata, akibat penderaan itu, seorang mangsa bengkak mata kanan selain telinga kirinya hilang pendengaran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Budak 11 tahun dicabul jiran
HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disyaki dicabul seorang jiran lelakinya di kawasan terusan berdekatan Kuala Kubu Baru, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang juga anak Orang Asli dikatakan dipaksa lelaki terbabit mengikutnya ke kawasan berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama sepupu lelakinya di rumah mangsa di Kuala Kubu Baru sementara bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah tiada di rumah.
Menurut sumber, selepas mangsa dilarikan jiran lelakinya itu, sepupu mangsa pergi mencari bapa mangsa bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
“Bapa mangsa yang baru pulang bekerja terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pergi ke kawasan mangsa dilarikan namun gagal menemui anaknya itu.
“Sebaik pulang ke rumah, bapa mangsa melihat anak perempuannya itu sudah berada di rumah. Dia kemudian bertanyakan mangsa mengenai apa yang yang berlaku,” katanya.
Sumber berkata, terkejut selepas mendengar cerita mangsa, bapanya membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan dicabul.
Berikutan laporan perubatan itu, bapa mangsa ke Balai Polis Kuala Kubu Baru untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
COPYFROM : HARIAN METRO
NOTA : YA ALLAH YA TUHANKU kau LINDUNGILAH ANAK2ku dan JUA ANAK2 KECIL yg TIDAK BERDOSA dari MANGSA MANUSIA yg TIDAK BERAKAL itu... dan TAT kala MEREKA MAHU MELAKUKAN KEBURUKAN kepada ANAK2 KECIL ini KAU BERILAH CAHAYA KEINSAFAN kepadanya... HANYA padamu YA ALLAH AKU MEMOHON...
No comments:
Post a Comment