Thursday, November 10, 2011

apa itu AKIKAH..

Assalamualaikom...

selamat pagi sayang, selamat pagi anje, selamat pagi teman2..

memandangkan hari raya korban baru jerk berlalu
tapi masih ada cerita yg nak dikongsi...

sbb sempena hari raya korban hari tue
aku ambil kesempatan untuk buat akikah si TWIN..

 PENTINGKAH AKIKAH?...
klo nak tahu jom baca artikel ini...

 tanpa buang masa. Jom kita ke artikel iaitu hal mengenai `Akikah`.
Semoga bermanfaat, Insya`Allah..




AKIKAH



1) Apakah yang dimaksudkan dengan akikah?


Maka jawabnya maksud akikah ialah menyembelih binatang korban dengan sebab kurnian anak melalui kelahiran. Ulama’ membuat pelbagai takrif mengenai akikah ini tapi inilah sebahagian daripada takrif akikah.


Yang dimaksudkan akikah bukan anak itu tapi sembelih binatang itu. Binatang korban ialah binatang yang sah dijadikan korban iaitu kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta.


Tujuan akikah ialah menunjukkan tanda rasa bersyukur kita kepada Allah kerana anak ini lebih bernilai dari harta benda.


Kelebihan akikah ialah anak itu, katanya setengah ulama’, tergadailah kebajikannya itu maksudnya dia berada dalam keadaan tenang atau lega tidaklah dalam keadaan terhutang-hutang.



2) Apakah hukum melaksanakan akikah?

Maka jawabnya hukum akikah adalah sunat bukannya wajib.

Wallahu’alam.


*** ILMU2 YG DISEBARKAN BERDASARKAN PENDAPAT DALAM MAZHAB SYAFI’E


Sumber: Al-Azhar Ad-Din

1 comment:

pu3sakura said...

~jue, kamu telah di tag, sila ke blog akk yerk...~