#Dalam hidup, seringkali kite lebih banyak mendapatkan apa yang kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
#Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
#Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, adakalanya menjadi hitam dan sakit....
#Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan, Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian...(iringinya bersama dengan doa, moga allah berkati)
No comments:
Post a Comment