Thursday, August 16, 2007

aku bukan untukmu


Jika satu saat nanti aku harus pergi dari hidupmu mengertilah mungkin itu yang terbaik untuk kita. Jika aku cuba menjauhkan diriku darimu walhal itu sebenarnya membunuh hatiku. Walaupun hatiku meronta ingin pergi jauh darimu namun saat ini aku mengerti aku sebenarnya cinta padamu...
Mengertilah bahawa aku selalu ingin berada dekat denganmu dan mnghabiskan hari-hariku bersamamu.Terima kasih di atas tulus iklas mencurah kasih sayang kepadaku. Terima kasih juga kerana memahamiku dan bersama-sama denganku diwaktu susah dan senang. Tiada apa yang dapatku balas buatmu cuma kasih sayang dari kejauhan ini dapatku titipkan. Sukarnya untuk melepaskan dirimu tetapi aku tahu kau milik dia dan akan terus bersama dia. Suka, duka, susah dan senang yang telah kita kongsi bersama menjadikan aku lebih mengerti kini dan tabah menghadapi segala-galanya...
Sampai saat ini aku masih tidak mampu untuk menghapuskan semua kenangan manis kita. Tapi aku pasti dan terus berdoa moga dipenghujungnya kita akan tetap bersama walau hanya sebagai sahabat yang sejati.
# buat insan terpilih...

No comments: