Kadang-kadang diam merupakan penawar mujarab bagi sesetengah insan untuk mengelakkan dari berlakunya pertembungan krisis remeh. Sikap demikian mulanya akan menjernihkan keadaan. Tapi bila sering berlaku dan berulanglaku, maka ianya menjadi sebaliknya. Pertentangan melalui hati mula menjadi mati dan perasaan benci mula menghingapi seluruh jiwa.
Sekiranya berlaku demikian?? apakah tindakan anda seterusnya??? Mudah untuk diperkatakan dan sukar pula untuk melaluinya.
Diam bukan jawapan untuk mengatakan perkara itu berlalu dan selesai begitu. Apa agaknya yang di fikirkan pula oleh pihak kedua yang sering terlepas dengan diam mangsanya???
” Hatinya akan berkata, aku boleh lakukan apa saja kerana dia tidak berupaya utk melakukan sesuatu atau takut….”
Sebenarnya dari apa yang berlaku berbagai andaian dapat di rumuskan. Diam bermakna bermulanya krisis komunikasi yang kurang ceria. Jika diam bermaharajalela maka apa saja bahan untuk memulakan komunikasi, samada penting atau tidak menjadi ianya datar dan tidak bermaya. Dengan kata lain ‘tiada mood’ untuk berbual. Bukan mudah untuk membiasakan diri dengan keadaan yang bermula begitu lama. Jika kedua pihak membiarkan keadaan menjadi diam, maka seterusnya beberapa masalah lain mula timbul.
Bermula pula fasa kedua, dimana kedudukan individu terbabit mula dipertikaikan. Kepentingan antara dua hala mula menjadi peranan yang lebih menonjol. Setiap masa pula ingin memperlihatkan kesediaan mempamirkan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sebagainya.
Akhirnya menjadi letih bila keputusan tetap diam…. jika anda melaluinya ingat bahaya sedang melanda.
Diam jika perlu sahaja.. Jangan diam bodoh, tapi biar berakal.
# sekarang perlukah aku diam...
No comments:
Post a Comment